Wednesday, February 9, 2011

TRAGEDI DI PKT HUTAN

SALAM

TULISAN SAYA YANG LEPAS ADALAH MENGENAI TRAGEDI YANG TERJADI SEWAKTU SAYA MENJADI PEG LATIH. TETAPI MUSIBAH INI TIDAK BERAKHIR DI SINI. SELEPAS KEJADIAN ITU, SAYA TELAH MENERIMA SEJUMLAH WANG UNTUK GAJI ANGGOTA YANG SEDANG BERKURSUS. PADA KETIKA ITU ANGGOTA TENTERA MASIH MENERIMA GAJI MELALUI BAYARAN TERUS KEPADA ANGGOTA. SETELAH ANGGOTA TANDATANGAN A.R. MAKA JUMLAH KESELURUHAN GAJI MEREKA SAYA AKAN SIMPAN SEHINGGA TAMAT FASA SURVIVAL. SEWAKTTU SURVIVAL, MEREKA NI HANYA PAKAI CAWAT, MACAM MANA NAK SIMPAN DUIT. ITU SEBAB SAYA SIMPAN DAHULU WANG TERSEBUT. TAPI WAKTU SIMPAN DUIT TU, SAYA TERPAKSA MELAKUKAN TUGAS LAIN IAITU MENEMBAK BINATANG UNTUK DIJADIKAN MAKANAN KURSUS SURVIVAL. WAKTU ITULAH SAYA KEHILANGAN BEG YANG MENYIMPAN WANG SEBANYAK RM 8,300.00.

PUAS KAMI MENCARINYA HAMPIR SELURUH KAWASAN HUTAN LABIS NAMUN TAK BERJUMPA. SELURUH TENAGA PENUNTUT TELAH DIARAH MENCARINYA NAMUN TIDAK JUGA BERJUMPA. SETELAH TAMAT TEMPUH LATIHAN HUTAN, SEMUA PENUNTUT TETAP PERLU BERGERAK KE KAWASAN LATIHAN PAYA. KAMI TERPAKSA BERGERAK MENINGGALKAN KAWASAN HUTAN LABIS TANPA BERTEMU WANG TERSEBUT. ITULAH BERMULANYA SAYA TERPAKSA MEMBUAT PINJAMAN WANG KOPERASI TENTERA UNTUK MEMBAYAR SEMULA GAJI ANGGOTA YANG HILANG.

LEBIH SEPULUH ORANG BOMOH TELAH SAYA TEMUI DAN SEMUANYA KATA WANG ITU MASIH ADA DALAM HUTAN. TETAPI SELEPAS 10 TAHUN SAYA MENEMUI SEORANG YANG WARAK BERNAMA PAK HUSSIN DI KG POKOK ASSAM, TAIPING PERAK YANG MEMBAWA SAYA KE BERUAS BERTEMU GURU BERLIAU. SAYA TELAH DIBERI KEMENYAN UNTUK DIBAKAR. SELEPAS DARI BERUS PADA MALAM YANG SAMA SAYA BERTEMU DENGAN BOMOH BERNAMA PAK WAN JUGA DI TAIPING. BELIAU TELAH MEMBERI SAYA SATU KEPING FOTO YANG TERJADI KETIKA BERJAMPI. ITU SEBAB ORANG RAMAI MENGGELARNYA BOMOH FOTOSTAT KERANA DAPAT MENGELUARKAN FOTO ORANG YANG TERLIBAT JENAYAH. SAYA DAPAT TAHU POLIS PUN REFER KAT DIA. BELIAU TELAH PUN ARWAH. BEGITU JUGA PAK HUSIN DAN GURUNYA DI BERUAS. ALFATIHAH.

AKHIRNYA FOTO YANG SAYA TUNJUKKAN PADA SALAH SEORANG ANGGOTA SAYA TELAH MENGKONFIRMKAN BAHAWA APA YANG SAYA MIMPI YANG MEMBERI PETUNJUK NAMA ORANG YANG MENGAMBIL WANG SAYA SAMA DENGAN NAMA YANG DIBERI OLEH ANGGOTA SAYA. BUDAK ITU ADALAH ANGGOTA STOREMAN 22 KDO TELAH BERHENTI DAN MATI ACCIDENT DI KAWASAN PUDU RAYA, K.L.

DEMIKIANLAH USAHA SAYA MENCARI SIAPAKAH YANG MENGAMBIL WANG SAYA PADA KETIKA ITU. LEBIH DARI SEPULUH TAHUN MENCARI BARU DAPAT TAHU SIAPA DALANGNYA. TETAPI ORANG ITU TELAH PUN MENINGGAL DUNIA. PATUTLAH DALAM MIMPI YANG SAYA ALAMI, ORANG ITU DATANG DALAM BENTUK TANPA KEPALA (TIDAK LENGKAP).

SEKIAN DULU BUAT KALI INI. SESIAPA YANG MENGETAHUI MENGENAI PERKARA INI DAN INGIN MENAMBAH FAKTA DIPERSILAKAN.

WASSALAM

NAL

Tuesday, February 8, 2011

MENJADI PEGAWAI LATIH ASAS KOMANDO

ASSALAMUALAIKUM SKOT DAN KEKAWAN GENG KOMANDO

LAMA BARU DAPAT TULIS BALEK KESAH LAMA. MAKLUMLAH BANYAK KOMITMEN. SEKARANG NI SAYA BERTUGAS DI PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS ATAU PULPAK UNTUK ROUND YANG KE EMPAT. BAYANGKAN DAH EMPAT KALI SAYA BERTUGAS DI SINI. SELAMA 32 TAHUN BERKHIDMAT DAH HABIS DAH SEMUA UNIT DALAM KOMANDO NI.

UNIT PERTAMA SAYA SELEPAS MENGHADIRI KURSUS ASAS KOMANDO ADALAH 21 KDO TETAPI SELEPAS ITU TELAH DIPOSTINGKAN KE PULPAK SEBAGAI PEGAWAI LATIH. KETUA CAWANGAN KOMANDO MASA TU ADALAH ARWAH MEJ LAYANI DAN LEPAS TU MEJ NIZAM PASUPATI BIN ABDULLAH. LAIN-LAIN JURULATIH ADALAH LT HJ JAAFAR, MALING, MAYO, GHANI, MAT CINPENG, ENCHE AYOB, DAN LAIN-LAIN. MASA TU SEMPAT JUGAK LAH SAYA MELATIH SEBANYAK 6 KURSUS ASAS KOMANDO. YANG SERONOKNYA KURSUS 5 MINGGU DALAM KEM DAN LEPAS TU SEMUANYA DILAKSANAKAN DI LUAR KEM. SELEPAS MELANYAK PENUNTUT SELAMA 5 MINGGU DI PERINGKAT KEM YANG MERANGKUMI LATIHAN JASMANI, LARIAN 2 KM, 4, 8, 10,16 DAN 20KM SIANG DAN MALAM. LATIHAN BERENANG, TAKTIK, IMP DAN BERBAGAI LAGI LAH. HABIS PKT KEM KITA PERGI KE LATIHAN MENEMBAK PELURU HIDUP DI KEM ASAHAN MELAKA. BUKAN NAIK TRAK, JALAN KAKI MAP READING DARI SG UDANG KE ASAHAN.

DI LAPANGSASAR ASAHAN KITA MENEMBAK GPMG, M203, CARL GUSTAV, SERANGAN BERINTANG, BALING BOM TANGAN DAN BERBAGAI LATIHAN MELIBATKAN PELURU HIDUP. LEPAS ITU KITA BERGERAK KE HUTAN LABIS MENJALANKAN LATIHAN FASA HUTAN TERMASUK SURVIVAL DI HUTAN. SATU PERISTIWA YANG TAK DAPAT SAYA LUPAKAN ADALAH SATU TRAGEDI YANG BERLAKU ATAS KEBODOHAN SEORANG ANGGOTA YANG TELAH TURUN SKOT YANG MELIBATKAN SEORANG MATI DAN SEORANG CEDERA PARAH.

PADA WAKTU KEJADIAN SAYA DAN JURULATIH SERTA SEMUA ANGGOTA KURSUS BERADA DI TENGAH HUTAN SEDANG MENJALAN LATIHAN SURVIVAL LEBIH KURANG 5 KM DARI KAWASAN BASE KAMI. ANGGOTA BERNAMA PODEH TELAH MENGAMBIL SEDIKIT BAHAN LETUPAN DAN DIMASUKAN KE DALAM TIN NENAS UNTUK DIJADIKAN LETUPAN. PERTAMA BELIAU TELAH CUBA UNTUK MENUMBANGKAN SEBATANG POKOK PETAI SEDANGKAN PADA KETIKA ITU KAWAN BELIAU DEN ADA DI ATAS POKOK. JADI BELIAU TAK JADI MELETUPKAN POKOK TERSEBUT. LEPAS TU DIA MENGAJAK KAWANNYA MELETUPKAN BOM ITU DI SUNGAI. KAWAN MEREKA AJAK PODEH INI MAKAN TENGAHARI TAPI BELIAU ENGGAN. KATANYA NAK CARI IKAN BUAT LAUK. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA SUNGAI YANG BELIAU NAK BOM IKAN TU HANYA PARAS LUTUT. MANA ADA IKAN. TAPI NAK JADI CERITA DIA LETUPKAN JUGA BOM ITU DENGAN BANTUAN RAKAN DIA SI DEN INI. PADA KETIKA ITU JUGA ADA SEORANG LAGI SAKSI IAITU ANGGOTA MEDIKAL YANG NAMPAK LETUPAN ITU DAN MEMAKLUMKAN JURULATIH YANG ADA. JURULATIH PULA TELAH MENAIKI MOTORSIKAL DAN MASUK KE HUTAN IKUT JALAN BALAK SEJAUH 5 KM UNTUK MENCARI SAYA UNTUK MEMAKLUMKAN HAL INI. SAYA PUN DENGAN SEGERA MENGARAHKAN SEMUA PENUNTUT BERKUMPUL DAN BERGERAK DENGAN LAND ROVER KE KEM KAMI.

PADA KETIKA ITU DEN TELAH PENGSAN MANAKALA PODEH MASIH BERADA DI DALAM SUNGAI DALAM KEDUDUKAN TERDUDUK DENGAN MUKA TELANGKUP KE BAWAH. SAYA TELAH MEMEGANG KEPADA PODEH SAMBIL MEMANGGIL NAMANYA. TAPI SEORANG PEMBANTU J/LATIH NAMANYA POKTEH TELAH MEMBERI TAHU YANG PODEH TELAH MENINGGAL DUNIA. SAYA SETERUSNYA TELAH MENGHANTAR DEN YANG CEDERA DI TANGAN KE HOSPITAL SEGAMAT. SEWAKTU DI DALAM L/ROVER SAYA TELAH BERTANYA DEN MACAM MANA BOLEH BERLAKU LETUPAN. KATANYA PODEH MENGGUNAKAN TIN DAN PE UNTUK LETUP IKAN GUNA SAFETY FUSE. SAYA TANYA SAFETY FUSE KAMU WARNA APA. KATANYA WARTA COKLAT. SAYA KATA ITU LAH KAMU TAK TAHU BAHAN MASIH NAK GUNA BOM UNTUK BOM IKAN. KALAU WARNA COKLAT ITU BUKAN SAFETY FUSE TAPI ITU ADALAH OREN FUSE SAYA KUAT DENGAN DET CORD. PATUTLAH SELEPAS SUMBU DINYALAKAN BOM ITU TERUS MELETUP. NASIHAT SAYA KALAU TAK PANDAI TU JANGANLAH NAK CUBA-CUBA GUNA BOM BUATAN SENDIRI.

BAIKLAH SAYA ADA BANYAK CERITA LAGI DI LAIN HARI SAYA SAMBUNG LAGI.
KALAU ADA SESIAPA WARIS YANG ADA KENA MENGENA DALAM KEJADIAN DI ATAS, KALAU ADA KOMEN SILAKAN. SAYA BOLEH BERI PENJELASAN.

SAYA INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA KURSUS ASAS PENERJUNAN AKAN PASSING OUT PADA 17 FEB 11 DI PADANG SANAI, PADANG TERAP, KEDAH. DIJEMPUTLAH MANTAN-MANTAN KOMANDO YANG BERDEKATAN UNTUK HADIR. KALAU BOLEH PAKAI BERET HIJAU SEBAB PAK LAH MENTUA KHAIRI JAMALUDIN AKAN HADIR MELIHAT KJ PASSSING OUT ASAS PARA. ADA BANYAK PERTUNJUKAN TERJUN BEBAS AKAN DISEDIAKAN.

SEKIAN WASSALAM

NAL

Saturday, January 29, 2011

KURSUS ASAS KOMANDO

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

KEKAWAN SEMUA, SEBELUM SAYA MENYERTAI ASAS KOMANDO, SKOT YANG LAIN TELAH PUN MENGHADIRINYA LEBIH AWAL DARI SAYA DAN MUSTAFA KERANA KAMI PERGI KURSUS ASLT PIONEER TERLEBIH DAHULU. TAPI DALAM KURSUS KAMI ITU TIDAK KURANG HEBATNYA. SKOT BASIC COURSE KAMI TERDIRI DARI LTM DAMIEN, NAJIB, HJ ROSLAN A.G. NORIZAN RISIK, FAUZI KHALILI, SHOBRI, MUSTAFA OTHMAN DAN BEBERAPA ORANG LAGI PEGAWAI. ANTARA JURULATIH YANG SAYA INGAT IALAH DAUD JAAFAR, MEJ LAYANI, EN GHANI, SAMEON, OTHMAN, MAYO, MALING AND FEW MORE. KURSUS NI BETUL-BETUL MENCABAR FIZIKAL DAN MENTAL. ADA DUA PEGAWAI YANG GAGAL DI PKT KEM IAITU SHOBRI DAN NORIZAN KERANA TAK RETI BERENANG. PUAS KAMI AJAR RENANG SELAMA 5 MINGGU SEPANJANG FASA KEM. HARI-HARI PERGI BERENANG TAK PANDAI-PANDAI JUGAK. TAPI KAMI RESPEK DUA ORANG NI. KITA SURUH DIA TERJUN, MEREKA TETAP TERJUN WALAU PUN MEREKA TIDAK TIMBUL-TIMBUL. JURULATIH LAH YANG TERPAKSA TERJUN MENYELAMATKAN MEREKA. OLEH ITU KETIKA HENDAK MENURUNKAN SKOT MEREKA INI DARI KURSUS SECARA TERHORMAT, SATU UPACARA AULANGSYNE TELAH DIADAKAN DI KEM ASAHAN. MAKA MEREKA PUN BALEK LAH KE KEM SG UDANG DAN BALEK KE PASUKAN. ITULAH CUBAAN YANG AMAT TRAGIK OLEH KEDUA-DUA PEGAWAI INI TAPI TAK KESAMPAIAN. TAPI MEREKA INI SEORANG BERJAYA DALAM BIDANG MASING-MASING SEHINGGALAH KE HARI INI.

UNTUK MAKLUMAT SEMUA, SEKARANG INI SAHABAT KITA YB KJ ADA DI KEM SG UDANG SEDANG MENJALANI KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN. TUJUAN DIA MENYERTAI KURSUS INI MELALAUI T.A. ADALAH UNTUK MERASAI BAGAIMANA SUKARNYA MENJADI ANGGOTA PAYUNG TERJUN. BAGUS JUGALAH TU KALAU KITA ADA WAKIL KAT PARLIMEN TU YANG TAHU SUSAH SENANGNYA KITA NAK MELATIH DAN MENJADI YANG ELITE. BELIAU SANGAT POSITIF DAN KUAT. SETAKAT INI BELIAU TELAH LULUS SEMUA UJIAN FIZIKAL KALAU TIDAK KITA TIDAK AKAN MELEPASKANNYA.

SEPERKARA LAGI SEKARANG INI SEDANG DIJALANKAN PENGGAMBARAN DRAMA BERSIRI DENGAN JUDUL BERET HIJAU. DRAMA INI BERTUJUAN UNTUK MENARIK MINAT BELIA-BELIA KITA UNTUK MENYERTAI ATM. SAYA PUN TERLIBAT JUGA MENGATURKAN JADUAL AKTIVITI PENGGAMBARAN INI. MOGA-MOGA AKTIVITI INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA.


SEKIAN DULU UNTUK TATAPAN KEKAWAN KALI INI SEHINGGA BERJUMPA LAGI LAIN KALI.

WASSALAM

ZAINAL

PELUANG BERKURSUS

Saturday, January 29, 2011

ASSALAMUALAIKUM KEKAWAN

MINTA MAAF BANYAK-BANYAK SEBAB LAMA TAK MENULIS. SEBENARNYA KAWAN TAK JUMPA TEMPAT NAK SAMBUNG CERITA NI. DUA MINGGU KAWAN MENGKAJI BARU JUMPA NEW POST NI. MINTA MAAFLAH BELAJAU KALAU TAK ADA TOK GURU NI ORANG KATA BELAJAU DENGAN SETAN. ITU JADINYA. BELAJAU CARA MENCARI KESALAHAN SENDIRI.

SEBENARNYA SEWAKTU SKOT-SKOT KITA BARU LAPOR KE KEM SG UDANG TU, HARI-HARI RASA TENSION. RASANYA SEMUA SKOT PUN BEGITU GAMAKNYA KAT UNIT MASING-MASING. YANG KAMI NI TENSION PASAL HARI-HARI KENA RAGING. KALAU ADA LATIHAN LEGA RASANYA KERANA JAUH DARI MES. YANG PALING LEGA SAYALAH DENGAN MUSTAFA OTHMAN KERANA KAMI TERPILIH UNTUK MENGHADIRI KURSUS ASSAULT PIONEER KAT SEK JURUTERA TD KAT KLUANG. SESAMA PEGAWAI TERLIBAT IALAH LT JEFRI, LT BAHARUM DAN RAMAI LAGI.... LUPALAH PULAK. YANG TAK BOLEH LUPA TU LAH LT BAHARU ATAU SEKARANG DATO BAHAROM KAWAN BAIK. TAPI DEPA SEMUA INGAT BILA KOMANDO TU KUAT-KUAT SEMUA, MASA TU KAMI NI BARU LAPOR AJE BUKAN TEROR PUN. TAPI EXPECTATION TU MEMANG TINGGI.

MASA TU KOMANDAN SJTD TU KOL DICKY MEI YANG BUJANG SAMPAI PENCEN. KAWAN BAIK DIA ADA SEKOR ANJING KECIL BUAT TEMAN DIA. BINI TAK ADA. MAIN DENGAN ANJING ITU AJE LAH. PEG LATIH LUPA PULAK NAMA DIA TAPI DIA PENCEN SEBAGAI KETUA JURUTERA. DAPAT DATO LAGI.

KEKAWAN YANG TERLIBAT SAMA WAKTU KURSUS NI KALAU MEMBACA BLOG SAYA NI SILALAH KOMEN-KOMEN SIKIT. NANTI KITA SAMBUNG LAGI.

WASSALAM

PELUANG BERKURSUS

Saturday, January 29, 2011

ASSALAMUALAIKUM KEKAWAN

MINTA MAAF BANYAK-BANYAK SEBAB LAMA TAK MENULIS. SEBENARNYA KAWAN TAK JUMPA TEMPAT NAK SAMBUNG CERITA NI. DUA MINGGU KAWAN MENGKAJI BARU JUMPA NEW POST NI. MINTA MAAFLAH BELAJAU KALAU TAK ADA TOK GURU NI ORANG KATA BELAJAU DENGAN SETAN. ITU JADINYA. BELAJAU CARA MENCARI KESALAHAN SENDIRI.

SEBENARNYA SEWAKTU SKOT-SKOT KITA BARU LAPOR KE KEM SG UDANG TU, HARI-HARI RASA TENSION. RASANYA SEMUA SKOT PUN BEGITU GAMAKNYA KAT UNIT MASING-MASING. YANG KAMI NI TENSION PASAL HARI-HARI KENA RAGING. KALAU ADA LATIHAN LEGA RASANYA KERANA JAUH DARI MES. YANG PALING LEGA SAYALAH DENGAN MUSTAFA OTHMAN KERANA KAMI TERPILIH UNTUK MENGHADIRI KURSUS ASSAULT PIONEER KAT SEK JURUTERA TD KAT KLUANG. SESAMA PEGAWAI TERLIBAT IALAH LT JEFRI, LT BAHARUM DAN RAMAI LAGI.... LUPALAH PULAK. YANG TAK BOLEH LUPA TU LAH LT BAHARU ATAU SEKARANG DATO BAHAROM KAWAN BAIK. TAPI DEPA SEMUA INGAT BILA KOMANDO TU KUAT-KUAT SEMUA, MASA TU KAMI NI BARU LAPOR AJE BUKAN TEROR PUN. TAPI EXPECTATION TU MEMANG TINGGI.

MASA TU KOMANDAN SJTD TU KOL DICKY MEI YANG BUJANG SAMPAI PENCEN. KAWAN BAIK DIA ADA SEKOR ANJING KECIL BUAT TEMAN DIA. BINI TAK ADA. MAIN DENGAN ANJING ITU AJE LAH. PEG LATIH LUPA PULAK NAMA DIA TAPI DIA PENCEN SEBAGAI KETUA JURUTERA. DAPAT DATO LAGI.

KEKAWAN YANG TERLIBAT SAMA WAKTU KURSUS NI KALAU MEMBACA BLOG SAYA NI SILALAH KOMEN-KOMEN SIKIT. NANTI KITA SAMBUNG LAGI.

WASSALAM

Friday, January 14, 2011

ZAMAN RAGGING

HI KAWAN-KAWAN JUMPA LAGI

KALI INI SAYA AKAN CERITA SEDIKIT PASAL RAGGING KAT KOMANDO WAKTU KAMI DULU. WAKTU ITU RAGGING MACAM MANA PUN TAK ADA PULAK YANG ABSENT. KAMI MAKIN RAPAT LAGI MACAM ADIK BERADIK. RAGING MASA ITU DAHSYAT. TIAP MALAM ADA MISI. TAK KIRA LAH ANGKUT PASU BUNGA KE, POTONG KAKI KANCIL YANG DIBUAT DARI BATU KAT BANDAR MELAKA, AMBIL TIANG BENDERA DAN BERBAGAILAH YANG MENUNJUKKAN KEBERANIAN PEGAWAI MUDA. ADA YANG KUTIP BENDERA MALAYSIA PADA MALAM 31 OGOS, KON TANDA AWAS PUN KENA KEBAS. MALAM KAMI TIDUR BERAMAI-RAMAI DALAM SATU BILIK. KEADAAN BILIK TU JANGAN CERITALAH PUNYELAH BERSEPAH. STANDBY NAK KENA CHANGE PARADE.

PERKARA YANG PALING MENGEMBIRAKAN IALAH APABILA SAYA DAN MUSTAFA OTHMAN DICALONKAN KE KURSUS ASSAULT PIONEER DI SEK JURUTERA DI KELUANG, JOHOR. KURSUS PADA WAKTU ITU BERSAMA-SAMA LAIN PEGAWAI YANG LEBIH SENIOR DARI LAIN-LAIN KOR. MEREKA INI PULAK INGAT KAMI NI KOMANDO DAN NAK RAGING AJE KERJANYA. MAKLUMLAH KAMI YANG PALING JUNIOR. KELUAR MULUT HARIMAU MASUK MULUT BUAYA.

Monday, January 10, 2011

ZAMAN JAHILIAH

ASSALAMUALAIKUM

BERJUMPA LAGI DALAM BLOG SAYA KALI INI. SELEPAS MELAPOR DI 1 RGK KAMI DIMASUKKAN KE SKUADRON-SKUADRON DI 1 RGK. SERONOK SEBENARNYA DUDUK DI SKN. BANYAK PERKARA YANG DIPELAJARI. YANG TAK SEDAPNYA BILA BALEK KE WISMA. MAK DATOK SEKSANYA. KATA BUDAK-BUDAK SEKARANG KENA HELL. TAPI HELL CARA KOMANDO NI TAK ADA PULAK KAMI PERGI ABSENT. TAHAN TETAP KITA TAHAN. YANG TERUKNYA IALAH SI NORIZAN (NOOREASON). AYAH DIA BEKAS KPL KOMANDO. DIKENALI PULAK TU OLEH PEGAWAI-PEGAWAI KOMANDO. APA LAGI MEREKA PUN TESTLAH ANAK-ANAK KOMANDO NI. PASAL KENA KUTUK NI JANGAN CERITALAH. SATU PERKARA KAMI YANG MELAPOR DI REJ KOMANDO INI TIDAK DIKENAKAN KURSUS ORIENTASI KOMANDO. TAPI PADA KETIKA ITU KAMI SEMPATLAH JUMPA INTAKE 33 DAN 34 DATANG BUAT ORIENTASI. KEPALA MEREKA BERTANDA "X" ATAU "Y" MAKNANYA PERNAH KENA TANGKAP LAH TU DENGAN ANGGOTA MUSUH DARI SKN X DAN Y.

SATU PERKARA LAGI MASA RAGING NI, PASAL MINUM ARAK NI MACAM MINUM SIRAP. SIRAP PUN PAKAI GELAS. INI TIDAK, PAKAI JUG. YAM SENG SAJA. LUMBA MINUM PULAK TU. PAKAI HALF YARD LAGI. DUA TIN BEER DAPAT PENUH SATU HALF YARD. SIAPA YANG MINUM BERBUEH MEMANG DIA TENDANG BALEK DAN BOLEH MUNTAH. WAKTU MALAM SEBELUM TIDOR PULAK KENA MINUM TONGKAT ALI. MASA TU DISEBABKAN DAH MINUM ARAK, TONKAT ALI NI DAH TAK PAHIT LAGI. SAMPAI SEKARANG TONGKAT ALI DAH TAK ADA MASALAH KALAU NAK MINUM. DI SKN, KALAU DAPAT JADI DUTY OFFICER TU KIRA SELAMATLAH MALAM TU SEBAB TIDAK DIGANGGU. YANG SEDAP TU YANG KENA RAGING TERMASUK INTAKE 33 YANG BARU JUGA LAPOR SEPERTI ROSLAN GHANI, JUGAH, AZMI, AZIZ SALAM, MAHMUD, NAJIB.

HAL SEMASA: HARI INI 10 JAN 2011, LT KOL JAMALUDIN BIN JAMBI KETUA JURULATIH PULPAK DINAIKKAN PANGKAT KOLONEL DAN MENGAMBILALIH TUGAS KOMANDAN PULPAK DARI KOL FADHIL BIN TAJUDIN. TAHNIAH. KOL FADHIL PULA TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGARAH GERAK KHAS. KOL HASAN ALI MENGHADIRI KURSUS DI AUSTRALIA.

MULAI HARI INI KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN SIRI 1/2011 BERMULA DENGAN YB KHAIRI JAMALUDIN MENJADI PESERTA KURSUS. SEMOGA BELIAU SELAMAT MENJALANI KURSUS SEHINGGA TAMAT.

SEKIAN DULU BUAT KALI INI. JUMPA LAGI DI LAIN KALI.

WASSALAM

ZAINAL

Friday, January 7, 2011

SALAM PERKENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA.

SAYA IALAH LT KOL ZAINAL BIN HJ MAT YANG SEKARANG INI SEDANG BERKHIDMAT DENGAN PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS (PULPAK), KEM SUNGAI UDANG, MELAKA.

TUJUAN SAYA MEMULAKAN BLOG GENG KOMANDO INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN SEBERAPA RAMAI RAKAN-RAKAN SEANGKATAN DAN YANG DAH JADI MANTAN BERSEMBANG KESAH LAMA. ALMAKLUMLAH SAYA PUN DAH 32 TAHUN DALAM KOMANDO DAN MASIH BERKHIDMAT. TENTU ADA BANYAK CERITA YANG BOLEH DIKENANG KEMBALI.

PADA TULISAN KALI INI SAYA INGIN MENULIS MENGENAI KUMPULAN PEGAWAI MUDA YANG MELAPOR DIRI DARI MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) KE KEM SUNGAI UDANG, MELAKA. KAMI 10 ORANG TERDIRI DARI ZAINAL MAT, ZAINAL IBRAHIM, ZAMANI EMBONG, ALIAS LISUT, ALIAS KELANTAN, ISMAIL FAISAL, FAUZI SHAMSUDIN, MOHAMAD HJ YUSUF, MUSTAFA OTHMAN DAN NORIZAN YUNUS. KAMI KONFIDEN LE LAPOR KAT BALAI PENGAWAL 1 RGK. TIBA-TIBA DATANG 3 ANGGOTA MENGAKU BATMAN DAN NAK TOLONG BAWA BARANGAN KAMI KE WISMA SRI PERKASA (WSP). RUPA-RUPANYA MEREKA NI LT MAZLAN KASAP, AMIR ATAN DAN ALI. LEPAS TU FAHAM-FAHAM AJE LAH KAMI KENA LIKE HELL DI WSP.

SETAKAT INI DULU PERKENALAN SAYA ....

MINTA SAPA-SAPA YANG ADA KENA MENGENA DENGAN KESAH INI TOLONG CATATKAN PERISTIWA INI. TERUTAMANYA DATO MAZLAN KASAP, AMIR ATAN DAN ALI. SAJE KESAH LAMA.

WASSALAM

ZAINAL