Monday, January 10, 2011

ZAMAN JAHILIAH

ASSALAMUALAIKUM

BERJUMPA LAGI DALAM BLOG SAYA KALI INI. SELEPAS MELAPOR DI 1 RGK KAMI DIMASUKKAN KE SKUADRON-SKUADRON DI 1 RGK. SERONOK SEBENARNYA DUDUK DI SKN. BANYAK PERKARA YANG DIPELAJARI. YANG TAK SEDAPNYA BILA BALEK KE WISMA. MAK DATOK SEKSANYA. KATA BUDAK-BUDAK SEKARANG KENA HELL. TAPI HELL CARA KOMANDO NI TAK ADA PULAK KAMI PERGI ABSENT. TAHAN TETAP KITA TAHAN. YANG TERUKNYA IALAH SI NORIZAN (NOOREASON). AYAH DIA BEKAS KPL KOMANDO. DIKENALI PULAK TU OLEH PEGAWAI-PEGAWAI KOMANDO. APA LAGI MEREKA PUN TESTLAH ANAK-ANAK KOMANDO NI. PASAL KENA KUTUK NI JANGAN CERITALAH. SATU PERKARA KAMI YANG MELAPOR DI REJ KOMANDO INI TIDAK DIKENAKAN KURSUS ORIENTASI KOMANDO. TAPI PADA KETIKA ITU KAMI SEMPATLAH JUMPA INTAKE 33 DAN 34 DATANG BUAT ORIENTASI. KEPALA MEREKA BERTANDA "X" ATAU "Y" MAKNANYA PERNAH KENA TANGKAP LAH TU DENGAN ANGGOTA MUSUH DARI SKN X DAN Y.

SATU PERKARA LAGI MASA RAGING NI, PASAL MINUM ARAK NI MACAM MINUM SIRAP. SIRAP PUN PAKAI GELAS. INI TIDAK, PAKAI JUG. YAM SENG SAJA. LUMBA MINUM PULAK TU. PAKAI HALF YARD LAGI. DUA TIN BEER DAPAT PENUH SATU HALF YARD. SIAPA YANG MINUM BERBUEH MEMANG DIA TENDANG BALEK DAN BOLEH MUNTAH. WAKTU MALAM SEBELUM TIDOR PULAK KENA MINUM TONGKAT ALI. MASA TU DISEBABKAN DAH MINUM ARAK, TONKAT ALI NI DAH TAK PAHIT LAGI. SAMPAI SEKARANG TONGKAT ALI DAH TAK ADA MASALAH KALAU NAK MINUM. DI SKN, KALAU DAPAT JADI DUTY OFFICER TU KIRA SELAMATLAH MALAM TU SEBAB TIDAK DIGANGGU. YANG SEDAP TU YANG KENA RAGING TERMASUK INTAKE 33 YANG BARU JUGA LAPOR SEPERTI ROSLAN GHANI, JUGAH, AZMI, AZIZ SALAM, MAHMUD, NAJIB.

HAL SEMASA: HARI INI 10 JAN 2011, LT KOL JAMALUDIN BIN JAMBI KETUA JURULATIH PULPAK DINAIKKAN PANGKAT KOLONEL DAN MENGAMBILALIH TUGAS KOMANDAN PULPAK DARI KOL FADHIL BIN TAJUDIN. TAHNIAH. KOL FADHIL PULA TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGARAH GERAK KHAS. KOL HASAN ALI MENGHADIRI KURSUS DI AUSTRALIA.

MULAI HARI INI KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN SIRI 1/2011 BERMULA DENGAN YB KHAIRI JAMALUDIN MENJADI PESERTA KURSUS. SEMOGA BELIAU SELAMAT MENJALANI KURSUS SEHINGGA TAMAT.

SEKIAN DULU BUAT KALI INI. JUMPA LAGI DI LAIN KALI.

WASSALAM

ZAINAL

4 comments:

  1. Semoga Allah mengampunkan dan tidak menghisabkan kita terhadap kejahilan kejahilan yg lalu , ameen

    ReplyDelete
  2. Aisey bang , tarak baru kaaa? kang nanggih kang :D

    ReplyDelete
  3. Tuan, bab2 arak harap potong, biarlah rahsia dulu2 disimpan jadi pengajaran....bab laen boleh...pandangan orang awam sahaja ni

    ReplyDelete
  4. budaya mat saleh tu la yg hang melingkupkan bangsa melayu Islam kita.smpai ada bapa x bg anak dia masuk army sbb budaya togok arak tu.

    ReplyDelete