ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA.
SAYA IALAH LT KOL ZAINAL BIN HJ MAT YANG SEKARANG INI SEDANG BERKHIDMAT DENGAN PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS (PULPAK), KEM SUNGAI UDANG, MELAKA.
TUJUAN SAYA MEMULAKAN BLOG GENG KOMANDO INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN SEBERAPA RAMAI RAKAN-RAKAN SEANGKATAN DAN YANG DAH JADI MANTAN BERSEMBANG KESAH LAMA. ALMAKLUMLAH SAYA PUN DAH 32 TAHUN DALAM KOMANDO DAN MASIH BERKHIDMAT. TENTU ADA BANYAK CERITA YANG BOLEH DIKENANG KEMBALI.
PADA TULISAN KALI INI SAYA INGIN MENULIS MENGENAI KUMPULAN PEGAWAI MUDA YANG MELAPOR DIRI DARI MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) KE KEM SUNGAI UDANG, MELAKA. KAMI 10 ORANG TERDIRI DARI ZAINAL MAT, ZAINAL IBRAHIM, ZAMANI EMBONG, ALIAS LISUT, ALIAS KELANTAN, ISMAIL FAISAL, FAUZI SHAMSUDIN, MOHAMAD HJ YUSUF, MUSTAFA OTHMAN DAN NORIZAN YUNUS. KAMI KONFIDEN LE LAPOR KAT BALAI PENGAWAL 1 RGK. TIBA-TIBA DATANG 3 ANGGOTA MENGAKU BATMAN DAN NAK TOLONG BAWA BARANGAN KAMI KE WISMA SRI PERKASA (WSP). RUPA-RUPANYA MEREKA NI LT MAZLAN KASAP, AMIR ATAN DAN ALI. LEPAS TU FAHAM-FAHAM AJE LAH KAMI KENA LIKE HELL DI WSP.
SETAKAT INI DULU PERKENALAN SAYA ....
MINTA SAPA-SAPA YANG ADA KENA MENGENA DENGAN KESAH INI TOLONG CATATKAN PERISTIWA INI. TERUTAMANYA DATO MAZLAN KASAP, AMIR ATAN DAN ALI. SAJE KESAH LAMA.
WASSALAM
ZAINAL
Selamat ber'blogging' skot :D Salam
ReplyDelete'MINTA SAPA-SAPA YANG ADA KENA MENGENA DENGAN KESAH INI TOLONG CATATKAN PERISTIWA INI. TERUTAMANYA DATO MAZLAN KASAP, AMIR ATAN DAN ALI. SAJE KESAH LAMA.'
ReplyDeleteJika nak, Blogspot boleh lantik mereka sebagai 'Co-Admin'
TERIMA KASIH, SAYA DAH JUMPA BAGAIMANA NAK SAMBUNG CERITA. ALHAMDULILLAH BERKAT MENCUBA. INSYA ALLAH BILA ADA KELAPANGAN SAYA AKAN TERUS MENULIS UNTUK TATAPAN KEKAWAN DEMI MENGENANG KESAH LAMA. WASSALAM
ReplyDeleteZAINAL
salam. menarik fakta dan cerita saudara. Mungkin kalau ada gambar lagi menyeronokkan. Semoga usaha ini mendatangkan ilmu kepada orang lain untuk berkongsi warna-warna kehidupan seorang komando. tahniah. p/s-saya satu coy (E coy) dengan Hasan Ali di boys wing rmc.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan.
ReplyDeletecadangan saya agar tuan menggunakan huruf kecil kerana mata saya berpinar membaca tulisan besar.
Tahniah atas blog ini.