Wednesday, February 9, 2011

TRAGEDI DI PKT HUTAN

SALAM

TULISAN SAYA YANG LEPAS ADALAH MENGENAI TRAGEDI YANG TERJADI SEWAKTU SAYA MENJADI PEG LATIH. TETAPI MUSIBAH INI TIDAK BERAKHIR DI SINI. SELEPAS KEJADIAN ITU, SAYA TELAH MENERIMA SEJUMLAH WANG UNTUK GAJI ANGGOTA YANG SEDANG BERKURSUS. PADA KETIKA ITU ANGGOTA TENTERA MASIH MENERIMA GAJI MELALUI BAYARAN TERUS KEPADA ANGGOTA. SETELAH ANGGOTA TANDATANGAN A.R. MAKA JUMLAH KESELURUHAN GAJI MEREKA SAYA AKAN SIMPAN SEHINGGA TAMAT FASA SURVIVAL. SEWAKTTU SURVIVAL, MEREKA NI HANYA PAKAI CAWAT, MACAM MANA NAK SIMPAN DUIT. ITU SEBAB SAYA SIMPAN DAHULU WANG TERSEBUT. TAPI WAKTU SIMPAN DUIT TU, SAYA TERPAKSA MELAKUKAN TUGAS LAIN IAITU MENEMBAK BINATANG UNTUK DIJADIKAN MAKANAN KURSUS SURVIVAL. WAKTU ITULAH SAYA KEHILANGAN BEG YANG MENYIMPAN WANG SEBANYAK RM 8,300.00.

PUAS KAMI MENCARINYA HAMPIR SELURUH KAWASAN HUTAN LABIS NAMUN TAK BERJUMPA. SELURUH TENAGA PENUNTUT TELAH DIARAH MENCARINYA NAMUN TIDAK JUGA BERJUMPA. SETELAH TAMAT TEMPUH LATIHAN HUTAN, SEMUA PENUNTUT TETAP PERLU BERGERAK KE KAWASAN LATIHAN PAYA. KAMI TERPAKSA BERGERAK MENINGGALKAN KAWASAN HUTAN LABIS TANPA BERTEMU WANG TERSEBUT. ITULAH BERMULANYA SAYA TERPAKSA MEMBUAT PINJAMAN WANG KOPERASI TENTERA UNTUK MEMBAYAR SEMULA GAJI ANGGOTA YANG HILANG.

LEBIH SEPULUH ORANG BOMOH TELAH SAYA TEMUI DAN SEMUANYA KATA WANG ITU MASIH ADA DALAM HUTAN. TETAPI SELEPAS 10 TAHUN SAYA MENEMUI SEORANG YANG WARAK BERNAMA PAK HUSSIN DI KG POKOK ASSAM, TAIPING PERAK YANG MEMBAWA SAYA KE BERUAS BERTEMU GURU BERLIAU. SAYA TELAH DIBERI KEMENYAN UNTUK DIBAKAR. SELEPAS DARI BERUS PADA MALAM YANG SAMA SAYA BERTEMU DENGAN BOMOH BERNAMA PAK WAN JUGA DI TAIPING. BELIAU TELAH MEMBERI SAYA SATU KEPING FOTO YANG TERJADI KETIKA BERJAMPI. ITU SEBAB ORANG RAMAI MENGGELARNYA BOMOH FOTOSTAT KERANA DAPAT MENGELUARKAN FOTO ORANG YANG TERLIBAT JENAYAH. SAYA DAPAT TAHU POLIS PUN REFER KAT DIA. BELIAU TELAH PUN ARWAH. BEGITU JUGA PAK HUSIN DAN GURUNYA DI BERUAS. ALFATIHAH.

AKHIRNYA FOTO YANG SAYA TUNJUKKAN PADA SALAH SEORANG ANGGOTA SAYA TELAH MENGKONFIRMKAN BAHAWA APA YANG SAYA MIMPI YANG MEMBERI PETUNJUK NAMA ORANG YANG MENGAMBIL WANG SAYA SAMA DENGAN NAMA YANG DIBERI OLEH ANGGOTA SAYA. BUDAK ITU ADALAH ANGGOTA STOREMAN 22 KDO TELAH BERHENTI DAN MATI ACCIDENT DI KAWASAN PUDU RAYA, K.L.

DEMIKIANLAH USAHA SAYA MENCARI SIAPAKAH YANG MENGAMBIL WANG SAYA PADA KETIKA ITU. LEBIH DARI SEPULUH TAHUN MENCARI BARU DAPAT TAHU SIAPA DALANGNYA. TETAPI ORANG ITU TELAH PUN MENINGGAL DUNIA. PATUTLAH DALAM MIMPI YANG SAYA ALAMI, ORANG ITU DATANG DALAM BENTUK TANPA KEPALA (TIDAK LENGKAP).

SEKIAN DULU BUAT KALI INI. SESIAPA YANG MENGETAHUI MENGENAI PERKARA INI DAN INGIN MENAMBAH FAKTA DIPERSILAKAN.

WASSALAM

NAL

2 comments:

  1. bole bagi emel tuan...sy minat nak tanya pasal latihan komando ni...

    ReplyDelete
  2. nak tnya, ni tuan Zainal ke? Zainal Ahmad ke? (en. Rosli Pak Uchu)

    ReplyDelete