HI KAWAN-KAWAN JUMPA LAGI
KALI INI SAYA AKAN CERITA SEDIKIT PASAL RAGGING KAT KOMANDO WAKTU KAMI DULU. WAKTU ITU RAGGING MACAM MANA PUN TAK ADA PULAK YANG ABSENT. KAMI MAKIN RAPAT LAGI MACAM ADIK BERADIK. RAGING MASA ITU DAHSYAT. TIAP MALAM ADA MISI. TAK KIRA LAH ANGKUT PASU BUNGA KE, POTONG KAKI KANCIL YANG DIBUAT DARI BATU KAT BANDAR MELAKA, AMBIL TIANG BENDERA DAN BERBAGAILAH YANG MENUNJUKKAN KEBERANIAN PEGAWAI MUDA. ADA YANG KUTIP BENDERA MALAYSIA PADA MALAM 31 OGOS, KON TANDA AWAS PUN KENA KEBAS. MALAM KAMI TIDUR BERAMAI-RAMAI DALAM SATU BILIK. KEADAAN BILIK TU JANGAN CERITALAH PUNYELAH BERSEPAH. STANDBY NAK KENA CHANGE PARADE.
PERKARA YANG PALING MENGEMBIRAKAN IALAH APABILA SAYA DAN MUSTAFA OTHMAN DICALONKAN KE KURSUS ASSAULT PIONEER DI SEK JURUTERA DI KELUANG, JOHOR. KURSUS PADA WAKTU ITU BERSAMA-SAMA LAIN PEGAWAI YANG LEBIH SENIOR DARI LAIN-LAIN KOR. MEREKA INI PULAK INGAT KAMI NI KOMANDO DAN NAK RAGING AJE KERJANYA. MAKLUMLAH KAMI YANG PALING JUNIOR. KELUAR MULUT HARIMAU MASUK MULUT BUAYA.
No comments:
Post a Comment