Tuesday, February 8, 2011

MENJADI PEGAWAI LATIH ASAS KOMANDO

ASSALAMUALAIKUM SKOT DAN KEKAWAN GENG KOMANDO

LAMA BARU DAPAT TULIS BALEK KESAH LAMA. MAKLUMLAH BANYAK KOMITMEN. SEKARANG NI SAYA BERTUGAS DI PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS ATAU PULPAK UNTUK ROUND YANG KE EMPAT. BAYANGKAN DAH EMPAT KALI SAYA BERTUGAS DI SINI. SELAMA 32 TAHUN BERKHIDMAT DAH HABIS DAH SEMUA UNIT DALAM KOMANDO NI.

UNIT PERTAMA SAYA SELEPAS MENGHADIRI KURSUS ASAS KOMANDO ADALAH 21 KDO TETAPI SELEPAS ITU TELAH DIPOSTINGKAN KE PULPAK SEBAGAI PEGAWAI LATIH. KETUA CAWANGAN KOMANDO MASA TU ADALAH ARWAH MEJ LAYANI DAN LEPAS TU MEJ NIZAM PASUPATI BIN ABDULLAH. LAIN-LAIN JURULATIH ADALAH LT HJ JAAFAR, MALING, MAYO, GHANI, MAT CINPENG, ENCHE AYOB, DAN LAIN-LAIN. MASA TU SEMPAT JUGAK LAH SAYA MELATIH SEBANYAK 6 KURSUS ASAS KOMANDO. YANG SERONOKNYA KURSUS 5 MINGGU DALAM KEM DAN LEPAS TU SEMUANYA DILAKSANAKAN DI LUAR KEM. SELEPAS MELANYAK PENUNTUT SELAMA 5 MINGGU DI PERINGKAT KEM YANG MERANGKUMI LATIHAN JASMANI, LARIAN 2 KM, 4, 8, 10,16 DAN 20KM SIANG DAN MALAM. LATIHAN BERENANG, TAKTIK, IMP DAN BERBAGAI LAGI LAH. HABIS PKT KEM KITA PERGI KE LATIHAN MENEMBAK PELURU HIDUP DI KEM ASAHAN MELAKA. BUKAN NAIK TRAK, JALAN KAKI MAP READING DARI SG UDANG KE ASAHAN.

DI LAPANGSASAR ASAHAN KITA MENEMBAK GPMG, M203, CARL GUSTAV, SERANGAN BERINTANG, BALING BOM TANGAN DAN BERBAGAI LATIHAN MELIBATKAN PELURU HIDUP. LEPAS ITU KITA BERGERAK KE HUTAN LABIS MENJALANKAN LATIHAN FASA HUTAN TERMASUK SURVIVAL DI HUTAN. SATU PERISTIWA YANG TAK DAPAT SAYA LUPAKAN ADALAH SATU TRAGEDI YANG BERLAKU ATAS KEBODOHAN SEORANG ANGGOTA YANG TELAH TURUN SKOT YANG MELIBATKAN SEORANG MATI DAN SEORANG CEDERA PARAH.

PADA WAKTU KEJADIAN SAYA DAN JURULATIH SERTA SEMUA ANGGOTA KURSUS BERADA DI TENGAH HUTAN SEDANG MENJALAN LATIHAN SURVIVAL LEBIH KURANG 5 KM DARI KAWASAN BASE KAMI. ANGGOTA BERNAMA PODEH TELAH MENGAMBIL SEDIKIT BAHAN LETUPAN DAN DIMASUKAN KE DALAM TIN NENAS UNTUK DIJADIKAN LETUPAN. PERTAMA BELIAU TELAH CUBA UNTUK MENUMBANGKAN SEBATANG POKOK PETAI SEDANGKAN PADA KETIKA ITU KAWAN BELIAU DEN ADA DI ATAS POKOK. JADI BELIAU TAK JADI MELETUPKAN POKOK TERSEBUT. LEPAS TU DIA MENGAJAK KAWANNYA MELETUPKAN BOM ITU DI SUNGAI. KAWAN MEREKA AJAK PODEH INI MAKAN TENGAHARI TAPI BELIAU ENGGAN. KATANYA NAK CARI IKAN BUAT LAUK. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA SUNGAI YANG BELIAU NAK BOM IKAN TU HANYA PARAS LUTUT. MANA ADA IKAN. TAPI NAK JADI CERITA DIA LETUPKAN JUGA BOM ITU DENGAN BANTUAN RAKAN DIA SI DEN INI. PADA KETIKA ITU JUGA ADA SEORANG LAGI SAKSI IAITU ANGGOTA MEDIKAL YANG NAMPAK LETUPAN ITU DAN MEMAKLUMKAN JURULATIH YANG ADA. JURULATIH PULA TELAH MENAIKI MOTORSIKAL DAN MASUK KE HUTAN IKUT JALAN BALAK SEJAUH 5 KM UNTUK MENCARI SAYA UNTUK MEMAKLUMKAN HAL INI. SAYA PUN DENGAN SEGERA MENGARAHKAN SEMUA PENUNTUT BERKUMPUL DAN BERGERAK DENGAN LAND ROVER KE KEM KAMI.

PADA KETIKA ITU DEN TELAH PENGSAN MANAKALA PODEH MASIH BERADA DI DALAM SUNGAI DALAM KEDUDUKAN TERDUDUK DENGAN MUKA TELANGKUP KE BAWAH. SAYA TELAH MEMEGANG KEPADA PODEH SAMBIL MEMANGGIL NAMANYA. TAPI SEORANG PEMBANTU J/LATIH NAMANYA POKTEH TELAH MEMBERI TAHU YANG PODEH TELAH MENINGGAL DUNIA. SAYA SETERUSNYA TELAH MENGHANTAR DEN YANG CEDERA DI TANGAN KE HOSPITAL SEGAMAT. SEWAKTU DI DALAM L/ROVER SAYA TELAH BERTANYA DEN MACAM MANA BOLEH BERLAKU LETUPAN. KATANYA PODEH MENGGUNAKAN TIN DAN PE UNTUK LETUP IKAN GUNA SAFETY FUSE. SAYA TANYA SAFETY FUSE KAMU WARNA APA. KATANYA WARTA COKLAT. SAYA KATA ITU LAH KAMU TAK TAHU BAHAN MASIH NAK GUNA BOM UNTUK BOM IKAN. KALAU WARNA COKLAT ITU BUKAN SAFETY FUSE TAPI ITU ADALAH OREN FUSE SAYA KUAT DENGAN DET CORD. PATUTLAH SELEPAS SUMBU DINYALAKAN BOM ITU TERUS MELETUP. NASIHAT SAYA KALAU TAK PANDAI TU JANGANLAH NAK CUBA-CUBA GUNA BOM BUATAN SENDIRI.

BAIKLAH SAYA ADA BANYAK CERITA LAGI DI LAIN HARI SAYA SAMBUNG LAGI.
KALAU ADA SESIAPA WARIS YANG ADA KENA MENGENA DALAM KEJADIAN DI ATAS, KALAU ADA KOMEN SILAKAN. SAYA BOLEH BERI PENJELASAN.

SAYA INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA KURSUS ASAS PENERJUNAN AKAN PASSING OUT PADA 17 FEB 11 DI PADANG SANAI, PADANG TERAP, KEDAH. DIJEMPUTLAH MANTAN-MANTAN KOMANDO YANG BERDEKATAN UNTUK HADIR. KALAU BOLEH PAKAI BERET HIJAU SEBAB PAK LAH MENTUA KHAIRI JAMALUDIN AKAN HADIR MELIHAT KJ PASSSING OUT ASAS PARA. ADA BANYAK PERTUNJUKAN TERJUN BEBAS AKAN DISEDIAKAN.

SEKIAN WASSALAM

NAL

3 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh tak ceritakan lagi pengalaman komando semasa latihan atau bertugas

    ReplyDelete
  2. dulu terjunan selalu di buat kat lapangan terbang tudm kepala batas. skrg ni dah xdak.rupanya p buat kat kuala nerang.lama dah x tgk terjun payung.

    ReplyDelete
  3. dulu terjunan selalu di buat kat lapangan terbang tudm kepala batas. skrg ni dah xdak.rupanya p buat kat kuala nerang.lama dah x tgk terjun payung.

    ReplyDelete